Monday, February 16, 2009

Alatan Asas Sulaman Tangan

assalamualaikum...
idea mewujudkan laman blog "sulaman tangan" ini bermula dari emak yang sangat aktif membuat kerja-kerja seni seperti sulaman tangan. banyak yang sudah emak buat. ada yang emak jual, beri hadiah dan ada yang emak gantung sahaja sebagai perhiasan di rumah. dan tiba-tiba saya terfikir hendak berkongsi kreativiti emak ini dengan anda semua. dan dengan izin emak maka lahirlah blog ini.

untuk edisi pertama ini, saya cuma ingin berkongsi sedikit bagaimana hendak memulakan jahitan sulaman ini. juga alatan yang diperlukan serta jenis benang yang biasa digunakan emak.

selalu orang terkeliru antara sulaman dan cross-stitch. pada saya cross-stitch sedikit mudah kalau hendak dibandingkan dengan sulaman tangan. dan untuk memulakan sulaman, alatan-alatan yang perlu ada ialah:-

1) lakaran bunga atau apa sahaja lakaran yang hendak disulam - biasanya emak akan membuat lukisan bunga berdasarkan contoh yang telah disediakan dalam buku. contoh tersebut emak lakarkan di atas kain untuk disulam.



2) kain - penyulam boleh menggunakan pelbagai jenis kain seperti kain kapas, kain satin dan sebagainya. biasanya kain satin agak licin dan bagi yang baru memulakan aktiviti ini akan menghadapi sedikit kesukaran dan kain kapas adalah lebih sesuai.

3) jarum - emak hanya gunakan jarum jahit yang biasa sahaja. cuma tidak boleh terlalu besar dan tidak boleh terlalu kecil. yang sedang-sedang sahaja bagi menghasilkan sulaman yang kemas.

4) benang sulam - terdapat banyak jenis benang sulaman yang terdapat di pasaran. antaranya ialah Ondori dan DMC. tapi emak biasa menggunakan DMC kerana pada pendapatnya ia tidak terlalu licin dan ton warananya juga menarik. selain itu benang DMC juga mempunyai kod nombor bagi setiap jenis warna dan ini memudahkan emak membeli benang yang sudah habis dengan hanya berdasarkan kod sahaja.



5) pengidang - bagaimana hendak diterangkan ini?? mungkin dengan gambar anda boleh menterjemahkan bagaimana penggunaannya. ia digunakan untuk menegangkan kain dan supaya sulaman tidak jadi berkedut.



6) si tukang sulam - ini yang paling penting sekali. dan biasanya si tukang sulam ini sangat kreatif dalam mengadun warna yang sesuai untuk setiap sulamannya.

hmm.. berani ke hendak cuba?? cubalah.. sikit-sikit, lama-lama pasti jadi pandai. untuk edisi akan datang, saya akan kongsikan hasil kerja tangan emak. sehingga itu... da